26 December 2010
perlu cari lagi ke???
29 September 2010
Banyaknya EEEEEE
Assalamualaikum…
Hari ni tepat jam 2.00 am, tetiba rasa nak tulis kat blog…Ini kerana, rasa diri ini terpanggil untuk saling mengingati (untuk diri jugak) saudara seagama insyaAllah…
Kisah ini bermula dari FB, tentang makanan seharian kita yang kadang2 kita terlepas pandang (disebabkan yakin pada jenama tu) pada kandungan dalamnya. Produk yang dimaksudkan adalah seperti yang tertera dibawah:-

Ya, jenama ini memang tidak asing lagi namun kita sebagai umat Islam sangat perlu menitik beratkan soal makanan kita. Apa yang tertera menunjukkan (emulsifier)E471 yang terang2 diambil dari babi. Tapi ini dijumpai dari Green Bean Soy Drink, product lain tak check balik.
Maklumat tambahan, jangan minum FANTA APPLE sebab ada (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
Daripada satu link ini, Dr. M. Amjad Khan dan Dr M Liaqat (PhD Food Biochemistry)
*“We request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES. If any of the ingredients listed below is found, try to avoid it, as it has got PIG FAT”
E100, E110, E120, E 140, E141, E153,
E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280,
E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337,
E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,
E542,E570, E572, E631, E635, E904
*copy paste
Doctor2 ni jugak menceritakan sejarah bagaimana E-code boleh wujud.
Dan ada satu lagi link yang boleh dikunjungi untuk mengetahui maksud setiap satu E itu..maklumat ini mungkin dah lama, so kena update latest E-code yang haram untuk ditelan....
09 August 2010
Baru kenal Hanis Zalikha
Hari ni, saje2 blog walking (cewah, keluar satu lagi bahasa blog) kat blog brown sugar…nampak macam biasa cik brown sugar ni tengah melayan perasaan, ok la…tak mau kacau dia suka so pegi la ke blog encek mazidul lak. Blog encek mazidul ni banyak melaporkan tentang jenayah dan saya ucapkan takziah kepada encik mazidul sekeluarga diatas kehilangan abahnya…
Dipendekkan cerita, tengah2 belek tu tergerak hati buka blog gto….rupanya diorang ni adalah geng2 yang dah lama berblog….haruslah menuntut ilmu dari mereka (sebelum tu kne rajin tulis blog la dulu cik Fiqah oiii!!) :P
Dan secara kebetulannya terbuka blog Hanis Zalikha…WOW, sangat kagum pada dia (baru tengok kat follower dah dekat 10,000 orang…) dan yang penting terharu tu, dia pelajar UiTM….YEY!!! UiTM DiHatiku (dan dihatimu jua…cewah)
dibawah ni adalah blognya...

Mungkin dah ramai yang kenal dengan dia (mane taknya kan tadi cakap followers dia sampai sepluh ribu)...
Bila baca kat blog dia, rasa macam dia berkomunikasi dengan kita walaupun dia sebenarnya takde pun waktu tu (mungkin dia tolong mak dia buat kuih raya..promosi tutup hingga 11 Ogos 2010 ye)…Dia ni pun rajin kongsi tips kesihatan, pehubungan dan lain2 (kene rajin baca tips la lepas ni Fiqah) Jadinya, tak heran la kalau dia terpilih oleh Nuffnang disebabkan bakat yang dia ada (p/s dia dapat RM3000 hanya dari Nuffnang)…entah bila dapat jadi macam dia….atau sekadar jadi minah jenin???
Yang penting nak buat apa2 pun Fiqah, kamu kenalah USAHA,DOA,TAWAKAL…sesungguhnya hidupku, ibadahku, matiku hanyalah untuk ALLAH…dan penting juga jagalah hubungan sesama manusia..
27 June 2010
Udah Seminggu berlalu
30 May 2010
last but not least
Nampak tak gambar atas ni?? Waktu ni la baru tulis blog ni....ANYWAY.....
Mari kita catitkan (tang sini selalu confius samada CATIT ke CATAT) apa yang dah berlaku sepanjang tempoh dari 14 May – 31 May (dari last publish sampai next publish…ada dlm 2 minggu++ nih)
Dan macam biasa bullet sudah…
- (28 May – 31 May) Balik kampong ……..yey!! Sempena Cuti Wesak (bagi yang beragama Buddha, buzy la skit hari ni)…jalan sangat sesak waktu balik (balik Kampong le) dan waktu balik (balik Shah Alam le)…tak kisah la, janji SEMANGAT tu ada
- 26 May : Masa ni perasaan bercampur baur, pagi tu seedy (sebab tak dapat result COMPTIA yang baik
erti kata lain GAGAL la)…tapi tu waktu pagi je sedih
Dah masuk tengah hari, tak sedih sangat sebab makan dengan kak kesayangan…tapi still 50-50 sedih tu (sebab kne belanja dia makn kot?? Haha)….tapi memang nak belanja dia makan tapi seafood la..tapi nasib dia tak kisah
Pastu dah masuk malam lak, haa..tang ni special skit sebab dapat makan dengan my beloved SV..sungguh ku tak sangka, my SV ni suke gelak dan sharing skit pengalaman C**T* dia ( wow sangat dasyat kalau orang diluar sana tahu ...i’ll keep it secret between us J)
Hari ni paling banyak aktiviti….beronggeng hehe
- Hari2 lain kebanyakan baca buku comptia dan buat latihan yang diberi…tapi nak buat camna dah TAKDIR mengatakan takde rezeki dengan COMPTIA ni (walaupun ramai yang kata course ni antara yang senang score, semua itu dusta!!!)..emo kejap…Haha, lagipun sudah tersilap perhitungan….mana tak nya, orang lain belajar tentang masa sekarang kitorang lak sibuk buat latihan yang dah ditelan zaman (teknologi kan cepat berkembang, so kalau belajar benda yang satu tahun ke belakang tu kiranya macam dah zaman purba la….istilah tak betoi ni..hehe)
Hmm, time ni patutnya sambung belajar untuk satu lagi exam COMPTIA, tapi saje teringat nak update blog (actually esok dah nak terminate internet, so kalut la..hehe)…
13 May 2010
Dah lama kan?
- 7/5/2010 (5:52:26 pm) Cik Athira sms: Mlm ni nk wt mpg dak2 uma, wajib dtg..blk cpt....... (time ni paling best, adik-beradik bermesra..hehe)
- 21/4/2010 -Tarikh keramat dimana hardware FYP siap sepenuhnya, tak tunggu dah terus demo kat my beloved SV
- 8/4/2010 - hantar Technical Paper FYP 2, sangat kelam-kabut waktu ni, dengan hardware yang takde arah tuju lagi..tapi joystick dah siap, sensor macam belum decide lagi...pastu nak baca buat research lagi tentang wheelchair..nasib baik Dr. Zul bagi extent 1hari
- 19/4/2010 -Presentation FYP 2 waktu pagi dalam pukul 10 rasanya. Waktu ni Alhamdulillah takde rasa gementar sangat, kebetulan Kak Izah doakan untuk adik2nya, mungkin berkat doa akak. Panel Dr. XX tak berapa tanya banyak mungkin bukan bidang dia tapi sorang lagi panel ganti ni tanya banyak sikit je. Pastu bila dah habis present pergi makan nasi lemak kat bilik atas sambil tengok orang lain present. Sempat tengok kak lina, kak anis je tapi kak arina tak sempat lak...
- 5/5/2010 - Ni tarikh akhir hantar thesis. Sebenarnya majoring elektronik hantar 4 May, power hantar 10 May (tak puas hati)...major lain tak tau lak sebab banyak version...hehe.. Oh ye, waktu ni baru tahu ada orang "komplain" kat my beloved SV pasal saya. Tak serius pun (just ignore it)
19 April 2010
Hari ini hampir tinggal sejarah
Banyak hadis yang sahih dari Rasulallah s.a.w yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.

Apa2pun kita cubalah berusaha untuk mendapatkan nur dari bacaan surah ini seperti yang di sebutkan dalam beberapa hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a(bersumber dari rujukan saya melalui kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:
Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)