Dozo yoroshiku

30 May 2010

last but not least

Nampak tak gambar atas ni?? Waktu ni la baru tulis blog ni....
I just wonder(kalau sapa2 yang tahu, sila bagitau)….kenapa sejak akhir2 ni selalu nampak nombor yang berturutan??? Sangat la Musyikil…adakah:
a) nak dapat duit??
b) dapat bertambah ilmu??
c) counting day untuk event yang besar??
d) bertambahnya umur?? (ni mmg pasti dah)
e) saje2 buat gempak....ni sume kebetulan
f) akan kena sesuatu, tak pasti apa itu tapi yang pasti akan kene sesuatu??? (sendiri pun tak paham daa..hahaha)

ANYWAY.....

Mari kita catitkan (tang sini selalu confius samada CATIT ke CATAT) apa yang dah berlaku sepanjang tempoh dari 14 May – 31 May (dari last publish sampai next publish…ada dlm 2 minggu++ nih)

Dan macam biasa bullet sudah…

  • (28 May – 31 May) Balik kampong ……..yey!! Sempena Cuti Wesak (bagi yang beragama Buddha, buzy la skit hari ni)…jalan sangat sesak waktu balik (balik Kampong le) dan waktu balik (balik Shah Alam le)…tak kisah la, janji SEMANGAT tu ada

  • 26 May : Masa ni perasaan bercampur baur, pagi tu seedy (sebab tak dapat result COMPTIA yang baik erti kata lain GAGAL la )…tapi tu waktu pagi je sedih

Dah masuk tengah hari, tak sedih sangat sebab makan dengan kak kesayangan…tapi still 50-50 sedih tu (sebab kne belanja dia makn kot?? Haha)….tapi memang nak belanja dia makan tapi seafood la..tapi nasib dia tak kisah

Pastu dah masuk malam lak, haa..tang ni special skit sebab dapat makan dengan my beloved SV..sungguh ku tak sangka, my SV ni suke gelak dan sharing skit pengalaman C**T* dia ( wow sangat dasyat kalau orang diluar sana tahu ...i’ll keep it secret between us J)

Hari ni paling banyak aktiviti….beronggeng hehe

  • Hari2 lain kebanyakan baca buku comptia dan buat latihan yang diberi…tapi nak buat camna dah TAKDIR mengatakan takde rezeki dengan COMPTIA ni (walaupun ramai yang kata course ni antara yang senang score, semua itu dusta!!!)..emo kejap…Haha, lagipun sudah tersilap perhitungan….mana tak nya, orang lain belajar tentang masa sekarang kitorang lak sibuk buat latihan yang dah ditelan zaman (teknologi kan cepat berkembang, so kalau belajar benda yang satu tahun ke belakang tu kiranya macam dah zaman purba la….istilah tak betoi ni..hehe)

Hmm, time ni patutnya sambung belajar untuk satu lagi exam COMPTIA, tapi saje teringat nak update blog (actually esok dah nak terminate internet, so kalut la..hehe)…


13 May 2010

Dah lama kan?

Betul3..memang dah sangat lama tak tulis kat sini....(hmm..lama sangat ke @ sangat lama? mana yang betul ni??)

Tapi, apa2 pun perkara pertama yang perlu dilakukan adalah bersyukur sebab dapat jugak tulis kat sini setelah sekian lama...(~~Sekian Lama...Terpisah, Akhirnya Bertemu...~~lagu Jamal Abdilah la pulak..hik..hik)

Sekarang nak tulis tarikh2 penting yang menggamit suka (duka xde kot) dalam hidup. Macam biasa bullet la:
  • 7/5/2010 (5:52:26 pm) Cik Athira sms: Mlm ni nk wt mpg dak2 uma, wajib dtg..blk cpt....... (time ni paling best, adik-beradik bermesra..hehe)
  • 21/4/2010 -Tarikh keramat dimana hardware FYP siap sepenuhnya, tak tunggu dah terus demo kat my beloved SV
  • 8/4/2010 - hantar Technical Paper FYP 2, sangat kelam-kabut waktu ni, dengan hardware yang takde arah tuju lagi..tapi joystick dah siap, sensor macam belum decide lagi...pastu nak baca buat research lagi tentang wheelchair..nasib baik Dr. Zul bagi extent 1hari
  • 19/4/2010 -Presentation FYP 2 waktu pagi dalam pukul 10 rasanya. Waktu ni Alhamdulillah takde rasa gementar sangat, kebetulan Kak Izah doakan untuk adik2nya, mungkin berkat doa akak. Panel Dr. XX tak berapa tanya banyak mungkin bukan bidang dia tapi sorang lagi panel ganti ni tanya banyak sikit je. Pastu bila dah habis present pergi makan nasi lemak kat bilik atas sambil tengok orang lain present. Sempat tengok kak lina, kak anis je tapi kak arina tak sempat lak...
  • 5/5/2010 - Ni tarikh akhir hantar thesis. Sebenarnya majoring elektronik hantar 4 May, power hantar 10 May (tak puas hati)...major lain tak tau lak sebab banyak version...hehe.. Oh ye, waktu ni baru tahu ada orang "komplain" kat my beloved SV pasal saya. Tak serius pun (just ignore it)
Dan hari ni (13 May 2010) dah 3 hari belajar "Comptia A+"....disebabkan subjek ni ada A+ jadinya kena la dapatkan A+ ...huhu, Harapnya LULUS.....Amin

OK la, nak sambung belajar sikit....Oh ye, Tahniah kat Skuad Badminton Negara dapat masuk Semi Final...Semoga harapan untuk dapatkan Piala Thomas menjadi kenyataan.....