Dozo yoroshiku

26 March 2010

petang yang best...

credit picture to safela08.blogspot.com

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berjumpa lagi diruangan yang sama. .....(bla,bla,bla...)
Cewah, macam bagi tazkirah petang lak...hehe
  • Petang ni best sbb mama call, tny nak tak jadi pembanci untuk bulan jun nnti....pkir jap..." mama amik je borang tu, klau xde apa2 boleh je nnti jadi org banci2 ni"
  • Petang ni best sbb dah dapat email reply dari 3P...pkir jap...xpe dlu, hold jap...tanya kengkawan lain diorang nak join x...
  • Petang ni best sbb dapat mengikat balik hubungan yang tergantung tgh jalan, gara2 sem ni bz skit...sahabat, aku kangen sama kamu....
  • Petang ni best sbb terasa sgt2 best( mungkin x bagi org lain...) sebabnya DAPAT TIDO PETANG + Mimpi yg best (mimpi basah?? isk,bukan la).....Tapi mimpi tu kan mainan tido je, xboleh la nak percaya sangat....Tapi harap2 mimpi tadi yang baik je jadi kenyataan dan yang buruk tu dijadikan petunjuk + sempadan (so that xde la buat benda2 raplah nih)
  • Petang ni best gak sebb xsempat jumpa s/visor (gara2 tido petang..haha)...konon2 tadi nak msg s/visor nak bagi alasan la skit sbb xsempat jumpa ( nak ckp tertido ke atau nak tipu sunat nih,hrmm??)....alih2, s/visor lak msg kata "bila2 masa jumpa sy nnti"...apa lagi....YAHOOOOO.....(s/visor xmarah + xperlu tipu2 sunat tu, Tuhan marah tau) :P InsyaAllah, isnin ni saya jumpa Miss +bagi technical paper + reminds u about RA....

setiap yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri yang kurang ilmu, oleh itu tegurlah saya dgn cara yang hikmah...


Sekian, waltaufik walhidayah assalamualaikum w.b.t....

08 March 2010

It's my turn...

Hari ni hari selasa...untuk semester ni (sem terakhirkuuuuu...) giliran memasak jatuh pada hari keramat ni... hmmm.... nak masak pe tuk housemates ku yan tersayang nih???
Sebenarnya ada skit (sikit je) perasaan malas memasak bila xde barang...huhu, kne la membeli tapi pukul 10 pg kang baru leh beli, pastu +- masak lagi, dalam pukul 12tgh ari diorang leh makan kot....
Nak dijadikan citer,semalam la... sbb ada skit (sikit je tau) perasaan malas nak masak, nak tanya diorang kot2 diorang bleh beli makanan sendiri sok....alih2 terus tanya tanpa bagi signal
"Esok korang nak makan tak?"

HAHAHA...mesti la kne makan,abis satu rumah gelakkan...tapi dah besa dah baru rasa ceria (jovial) rumah nih...kui3 (x abis gelak lg)

okey, balik pada entry...hati ni dah decide nak masak TAUCU...cewah hebat tak?? (jap nak cari resepi tauchu yang agak2 sedap....) dan satu lagi masak sayur goreng la...
Harap2 ada la bahan2 tu kat Bintang....
hmm...agak2 nanti ada xrupa cam ni...(hehe, gambar biar gempak)

04 March 2010

Selalu macam ni!!!

hari ni nasib baik xbz sgt dan ada sikit idea nak update blog ni..

ok, firstly untuk kaitkan dgn entry mari sama2 kita baca ni...ok,dah?



..munafik tulen ada ketiga-tiga sifat( Bila berbicara selalu bohong, Bila berjanji tidak ditepati, Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat)....tapi kalau kita buat salah satu, adakah kita dikategorikan sebagai munafik???

"YA ALLAH, ENGKAU LINDUNGI AKU DARI SIFAT2 MUNAFIK...AMIN"



Nak dijadikan cerita, banyak kali janji yang sy buat tak ditepati...emm,mari igt balik:


  1. janji dgn nurul nak temankan dia kumpul derma, tapi alih2 xjadi sbb kakak ajak balik umah

  2. janji nak makan dgn yana (sempena birthday la konon2) tapi, tetiba xjadi sbb ada org minta tolong jadi ajk, xcukup org

  3. junior minta notes, previous exam paper...janji nak bagi, tapi cari2 xjumpa... mungkin dah simpan kat umah perak kot...

  4. baru jumpa kawan kat Tagged, janji nak YM tapi sampai sekarang xde YM dia...sian, apa jadi kat dia pun xtau...

  5. ......(rasa cam byk lagi...tapi xigt)

betul ke ni contoh org munafik? tapi rasanya sbb diri sendiri xpandai nak manage mana yang penting dan mana yang tidak....hmmm, entah la...


Oleh itu, untuk memastikan diri kita tak terjerumus dalam lembah munafik, kita wajar renungi ciri2 org munafik supaya kita akan cuba menghindari diri kita daripada bersifat dengan sifat itu yang boleh mambahayakan....