Dozo yoroshiku

13 February 2011

1 hari sebelum Valentine, 2 hari sebelum Maulidur Rasul

Assalamualaikum Afiqah....

Hari-hari yang mendatang pasti mencabar kita dari segi emosi, fikiran ,fizikal dan nafsu. Untuk lebih nampak cabaran itu , apa kata cuba senaraikan satu persatu permasalahan itu dan selesaikan... sebaiknya berbincang dengan ahli keluarga atau teman yang dipercayai supaya skop permasalahan itu dapat dikecilkan.

Buat teman-teman,

Hari ini hari ahad 13 Febuari 2011...telah dijalankan satu ceramah di UiTM Shah Alam dengan tajuk "Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung" . Memang sangat sesuai tajuk ni dijadikan santapan rohani tambahan pula esok 14 Feb. rasanya kalau ada couple yang datang dengar ceramah ni, Insyallah diorang insaf...cuma tadi majoriti yang datang nampak muka2 yang bersih (innocent)..jadi diri ini terpanggil untuk kongsi ilmu tadi dengan teman-teman supaya anda dapat pula berkongsi dengan teman-teman anda yang lain...Insyallah


Fitrah manusia ingin bercinta dan ingin dicintai. Namun, apabila fitrah disalurkan pada jalan yang tidak betul akan menjadi FITNAH. Lain pula jika kita menjalankan fitrah pada jalan yang benar dan diredhai, maka kita pula yang mendapat bahagia + pahala lagi

Ungkapan CINTA ( selain juga disebut Love, Ai, dan pelbagai bahasa lagi) bolehlah kita characterize sebagai:
  1. al-a'laqah: mahukan perhubungan
  2. al-hawa : kecenderungan ke arah nafsu
  3. as-sobbuh : rindu yang cenderung pada kebodohan
  4. at- tatayum : tak sanggup putus hubungan
  5. al-isq : asyik yang meluap-luap
  6. al-junun : gila ( ni tahap yang paling atas paling serius lah)
Kalau nak diikutkan zaman sekarang, muda- mudi ni (oh, terasa diriku dah tua) kalau takde bopren/gepren/pakwe/makwe/balak akan dikatakan ketinggalan zaman dan sebagainya...tetapi yang sebenarnya itulah yang sepatutnya kita elakkan. Orang kata sms tu macam buat dosa kering, so dosa basah tu macam mana lak kan???Teringat pula cerita Fatimah Az-Zahra yang memendam perasaan kepada Ali, sehingga kedua-duanya diijabkabulkan...

Fatimah : Abang, sebelum abang berkahwin dengan ayang, ayang dah lama berkenan kat seseorang ni dan berharap berkahwin dengannya.
Ali : Kalau begitu adakah ayang menyesal berkahwin dengan abang?
Fatimah : Sesekali tidak kerana abanglah orangnya...
(Dialog ni mungkin dah terubahsuai sikit, tapi itulah yang Puan Fatimah Syarha nak sampaikan)

Wahh...memang romantik, bila dah kahwin semua yang buat bersama dapat pahala...tapi tu la, kena kawal nafsu sebelum kahwin sebab boleh mendapat dosa. Oleh itu, kita perlu ada beberapa kekuatan dalaman untuk mengawal nafsu :-
( perlu diingat yang nafsu tu fitrah manusia, kalau dilawan nafsu takut jiwa memberontak pulak cuma kita perlu kawal nafsu secara bijaksana)
  1. Kekuatan Faham perhubungan lelaki dan perempuan
  2. Kekuatan Iklas kerana Allah
  3. Kekuatan untuk Tutup Pintu Fitnah
  4. Kekuatan Prinsip
Allah cemburu apabila kita menyintai yang selain dari-NYA. Apabila kita mensyirikkan cinta kepada Allah dan buat tak kisah je, takut pulak nanti kita tak dapat hidayah (petunjuk) dari-NYA. Lalu bagaimana harus kita hidup di atas muka bumi ini ?? Nak main explorace pun kena ada klu baru kita tahu nak tuju kemana...inikan pula hidup kita!!

Risau pulak pada diri ini ,Ya Allah, berikanlah aku hidayah-MU, Amin....akhir kata Bina Diri --> Bina Keluarga --> Bina Masyarakat

Insyallah

06 February 2011

kesedaran

Dear Afiqah,

Sebenarnya hidup ini penuh dengan cabaran. Bergantung pada diri kita sendiri untuk ‘survive’ di dunia ini. Bak kata orang (orang yang mana tah..hehe) kita sebagai pelakon di atas pentas dunia. Cuma skrip, penghayatan dan aksi dilakukan oleh kita sendiri. Erti kata yang lain kita lah pengarah, kita lah editor, kita lah penerbit, kita lah itu…. Kita lah ini dan segala macam semua kita diri sendiri yang akan buat.

TETAPI… Afiqah,

Perlu kita ingat, kita tidak bersendirian. Walaupun, nampak macam semua pun kita sendiri kena buat…tetapi ingatlah ALLAH sentiasa bersama kita. Sebagai orang ISLAM, kita tidak boleh putus asa dari rahmat (kasih sayang) ALLAH. Sudah tentu ALLAH akan memberi ujian kepada diri kita. Sebab apa??

- Sebab ALLAH nak bagi kita jadi lebih kuat

- Supaya kita tahu seteguh mana keimanan kita

- Sebab ALLAH nak elakkan kita dari buat benda2 yang tidak sepatutnya

Dari sekarang Afiqah, mari kita fikir kenapa kita perlu jadi kuat??? Bukankah tadi video tentang keganasan tentera kafir terhadap orang awam terutamanya orang ISLAM telah sama2 kita tonton?? Apakah tidak ada rasa kasihan pada saudara kita itu? Mereka telah dibomkan tempat tinggal, muslimah dirogol dan dibunuh sesuka hati, muslimin pula diserang menggunakan senjata kimia, anak2 kecil tidak berdosa ditembak sesuka hati, ayah dan abang mati dibom terus meninggalkan anak2 yang terus hilang tempat bergantung….. lalu apakah kita sebagai umat ISLAM sanggup membiarkan perkara ini?? Dimanakah kita dan umat ISLAM yang lain lantaran saudara kita menderita?? Apakah kita kini tinggal di dunia yang berasingan??

Oleh itu, Afiqah…bangkitlah untuk berjihad. Ajaklah rakan2 untuk sama2 berjihad.. dan berjihad bukanlah semata-mata dengan mengangkat senjata dan menuju kearah musuh laknatullah, tetapi berjihad degan menuntut ilmu, mengajarkan dan menyebarkan ilmu… dan dengan cara ini sahaja ISLAM dapat bangkit semula iaitu dengan ILMU

So, takat ini dulu Afiqah..sekarang jom sambung paper review setelah dah becuti sempena CNY, 1Malaysia katakana hehe....jangan lupa pesan kak ina, baca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai sehari (tapi jangan la buat kurang buat lebih la) dan satu lagi solat jaga & doa sentiasa

Dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenang…insyallah