Dozo yoroshiku

19 April 2010

Hari ini hampir tinggal sejarah

Haa..selalunya kita mesti dengar ayat "Hari Ini Dalam Sejarah" yang macam dalam tv ...tu sebabnya memang dia nak ceritakan tentang hari yang dah lepas +tinggal kenangan...

Entri kali ni masih panas lagi , tak jadi sejarah lagi (hehe..suke2)...emmm, xsabar nak bagitau korang(kpd meraka y baca entri ni)....bestnyer perasaan ni..perasaan dah habis presentation FYP....Oh, sangat la best, yang teramat...
Oppss, jangan gembira sangat Cik Fiqah oii...ingat budak2 rumah skit (diorang present esok)...
Dan yang paling best sebab waktu present rasa tenang, macam semua benda yang dah dilatih, manjadi waktu present....
Dan yang paling best, tadi baru buka FB, Kak Izah recite Al-Kahfi (ayat 1-10) just for me (actually plus with others), oh...I'm really appreciate it...

Kawan2, nak tahu apa kebaikan surah ini?( jap kte tny encek Google.....)
..................................................................................................................................
alamak encek Google suruh tny encek pk lak....tq ye encek pk

Surah al-Kahfi ini ada menceritakan tentang pemuda2 yang dimatikan beratus tahun(yang lari dari kekejaman aqidah). Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama beratus tahun.

Banyak hadis yang sahih dari Rasulallah s.a.w yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.

Apa2pun kita cubalah berusaha untuk mendapatkan
nur dari bacaan surah ini seperti yang di sebutkan dalam beberapa hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a(bersumber dari rujukan saya melalui kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:

Dari Ali r.a berkata:
"Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "
Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "
Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "
Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)


Sedikit dari apa yang Kak Izah cakap:
A kakak told me this surah can be recited for friends so after Isya' i did just that... A little recital to those who are going to present their FYP projects, final exams and simply for tranquillity moment... And as a token of remembrance ... between you and me...even how far we are apart...

Walaupun macam kopi dan pes je, moga kita sama2 mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya....amin

3 comments:

tricksrex said...

alhamdulillah..
buat thesis ok fiqah~
kekeke

Jovial Afiqah said...

ok, cik athira akan ku buat thesis lak lepas ni(klau xbuat x grade le jawabnye)..moga2 anda sihat dari demam...

khaliduzer said...

good²...