Dozo yoroshiku

Showing posts with label hidup ceria. Show all posts
Showing posts with label hidup ceria. Show all posts

30 May 2010

last but not least

Nampak tak gambar atas ni?? Waktu ni la baru tulis blog ni....
I just wonder(kalau sapa2 yang tahu, sila bagitau)….kenapa sejak akhir2 ni selalu nampak nombor yang berturutan??? Sangat la Musyikil…adakah:
a) nak dapat duit??
b) dapat bertambah ilmu??
c) counting day untuk event yang besar??
d) bertambahnya umur?? (ni mmg pasti dah)
e) saje2 buat gempak....ni sume kebetulan
f) akan kena sesuatu, tak pasti apa itu tapi yang pasti akan kene sesuatu??? (sendiri pun tak paham daa..hahaha)

ANYWAY.....

Mari kita catitkan (tang sini selalu confius samada CATIT ke CATAT) apa yang dah berlaku sepanjang tempoh dari 14 May – 31 May (dari last publish sampai next publish…ada dlm 2 minggu++ nih)

Dan macam biasa bullet sudah…

  • (28 May – 31 May) Balik kampong ……..yey!! Sempena Cuti Wesak (bagi yang beragama Buddha, buzy la skit hari ni)…jalan sangat sesak waktu balik (balik Kampong le) dan waktu balik (balik Shah Alam le)…tak kisah la, janji SEMANGAT tu ada

  • 26 May : Masa ni perasaan bercampur baur, pagi tu seedy (sebab tak dapat result COMPTIA yang baik erti kata lain GAGAL la )…tapi tu waktu pagi je sedih

Dah masuk tengah hari, tak sedih sangat sebab makan dengan kak kesayangan…tapi still 50-50 sedih tu (sebab kne belanja dia makn kot?? Haha)….tapi memang nak belanja dia makan tapi seafood la..tapi nasib dia tak kisah

Pastu dah masuk malam lak, haa..tang ni special skit sebab dapat makan dengan my beloved SV..sungguh ku tak sangka, my SV ni suke gelak dan sharing skit pengalaman C**T* dia ( wow sangat dasyat kalau orang diluar sana tahu ...i’ll keep it secret between us J)

Hari ni paling banyak aktiviti….beronggeng hehe

  • Hari2 lain kebanyakan baca buku comptia dan buat latihan yang diberi…tapi nak buat camna dah TAKDIR mengatakan takde rezeki dengan COMPTIA ni (walaupun ramai yang kata course ni antara yang senang score, semua itu dusta!!!)..emo kejap…Haha, lagipun sudah tersilap perhitungan….mana tak nya, orang lain belajar tentang masa sekarang kitorang lak sibuk buat latihan yang dah ditelan zaman (teknologi kan cepat berkembang, so kalau belajar benda yang satu tahun ke belakang tu kiranya macam dah zaman purba la….istilah tak betoi ni..hehe)

Hmm, time ni patutnya sambung belajar untuk satu lagi exam COMPTIA, tapi saje teringat nak update blog (actually esok dah nak terminate internet, so kalut la..hehe)…


19 April 2010

Hari ini hampir tinggal sejarah

Haa..selalunya kita mesti dengar ayat "Hari Ini Dalam Sejarah" yang macam dalam tv ...tu sebabnya memang dia nak ceritakan tentang hari yang dah lepas +tinggal kenangan...

Entri kali ni masih panas lagi , tak jadi sejarah lagi (hehe..suke2)...emmm, xsabar nak bagitau korang(kpd meraka y baca entri ni)....bestnyer perasaan ni..perasaan dah habis presentation FYP....Oh, sangat la best, yang teramat...
Oppss, jangan gembira sangat Cik Fiqah oii...ingat budak2 rumah skit (diorang present esok)...
Dan yang paling best sebab waktu present rasa tenang, macam semua benda yang dah dilatih, manjadi waktu present....
Dan yang paling best, tadi baru buka FB, Kak Izah recite Al-Kahfi (ayat 1-10) just for me (actually plus with others), oh...I'm really appreciate it...

Kawan2, nak tahu apa kebaikan surah ini?( jap kte tny encek Google.....)
..................................................................................................................................
alamak encek Google suruh tny encek pk lak....tq ye encek pk

Surah al-Kahfi ini ada menceritakan tentang pemuda2 yang dimatikan beratus tahun(yang lari dari kekejaman aqidah). Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama beratus tahun.

Banyak hadis yang sahih dari Rasulallah s.a.w yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.

Apa2pun kita cubalah berusaha untuk mendapatkan
nur dari bacaan surah ini seperti yang di sebutkan dalam beberapa hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a(bersumber dari rujukan saya melalui kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:

Dari Ali r.a berkata:
"Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "
Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "
Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "
Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)


Sedikit dari apa yang Kak Izah cakap:
A kakak told me this surah can be recited for friends so after Isya' i did just that... A little recital to those who are going to present their FYP projects, final exams and simply for tranquillity moment... And as a token of remembrance ... between you and me...even how far we are apart...

Walaupun macam kopi dan pes je, moga kita sama2 mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya....amin

26 March 2010

petang yang best...

credit picture to safela08.blogspot.com

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berjumpa lagi diruangan yang sama. .....(bla,bla,bla...)
Cewah, macam bagi tazkirah petang lak...hehe
  • Petang ni best sbb mama call, tny nak tak jadi pembanci untuk bulan jun nnti....pkir jap..." mama amik je borang tu, klau xde apa2 boleh je nnti jadi org banci2 ni"
  • Petang ni best sbb dah dapat email reply dari 3P...pkir jap...xpe dlu, hold jap...tanya kengkawan lain diorang nak join x...
  • Petang ni best sbb dapat mengikat balik hubungan yang tergantung tgh jalan, gara2 sem ni bz skit...sahabat, aku kangen sama kamu....
  • Petang ni best sbb terasa sgt2 best( mungkin x bagi org lain...) sebabnya DAPAT TIDO PETANG + Mimpi yg best (mimpi basah?? isk,bukan la).....Tapi mimpi tu kan mainan tido je, xboleh la nak percaya sangat....Tapi harap2 mimpi tadi yang baik je jadi kenyataan dan yang buruk tu dijadikan petunjuk + sempadan (so that xde la buat benda2 raplah nih)
  • Petang ni best gak sebb xsempat jumpa s/visor (gara2 tido petang..haha)...konon2 tadi nak msg s/visor nak bagi alasan la skit sbb xsempat jumpa ( nak ckp tertido ke atau nak tipu sunat nih,hrmm??)....alih2, s/visor lak msg kata "bila2 masa jumpa sy nnti"...apa lagi....YAHOOOOO.....(s/visor xmarah + xperlu tipu2 sunat tu, Tuhan marah tau) :P InsyaAllah, isnin ni saya jumpa Miss +bagi technical paper + reminds u about RA....

setiap yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri yang kurang ilmu, oleh itu tegurlah saya dgn cara yang hikmah...


Sekian, waltaufik walhidayah assalamualaikum w.b.t....