Dozo yoroshiku

13 February 2011

1 hari sebelum Valentine, 2 hari sebelum Maulidur Rasul

Assalamualaikum Afiqah....

Hari-hari yang mendatang pasti mencabar kita dari segi emosi, fikiran ,fizikal dan nafsu. Untuk lebih nampak cabaran itu , apa kata cuba senaraikan satu persatu permasalahan itu dan selesaikan... sebaiknya berbincang dengan ahli keluarga atau teman yang dipercayai supaya skop permasalahan itu dapat dikecilkan.

Buat teman-teman,

Hari ini hari ahad 13 Febuari 2011...telah dijalankan satu ceramah di UiTM Shah Alam dengan tajuk "Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung" . Memang sangat sesuai tajuk ni dijadikan santapan rohani tambahan pula esok 14 Feb. rasanya kalau ada couple yang datang dengar ceramah ni, Insyallah diorang insaf...cuma tadi majoriti yang datang nampak muka2 yang bersih (innocent)..jadi diri ini terpanggil untuk kongsi ilmu tadi dengan teman-teman supaya anda dapat pula berkongsi dengan teman-teman anda yang lain...Insyallah


Fitrah manusia ingin bercinta dan ingin dicintai. Namun, apabila fitrah disalurkan pada jalan yang tidak betul akan menjadi FITNAH. Lain pula jika kita menjalankan fitrah pada jalan yang benar dan diredhai, maka kita pula yang mendapat bahagia + pahala lagi

Ungkapan CINTA ( selain juga disebut Love, Ai, dan pelbagai bahasa lagi) bolehlah kita characterize sebagai:
  1. al-a'laqah: mahukan perhubungan
  2. al-hawa : kecenderungan ke arah nafsu
  3. as-sobbuh : rindu yang cenderung pada kebodohan
  4. at- tatayum : tak sanggup putus hubungan
  5. al-isq : asyik yang meluap-luap
  6. al-junun : gila ( ni tahap yang paling atas paling serius lah)
Kalau nak diikutkan zaman sekarang, muda- mudi ni (oh, terasa diriku dah tua) kalau takde bopren/gepren/pakwe/makwe/balak akan dikatakan ketinggalan zaman dan sebagainya...tetapi yang sebenarnya itulah yang sepatutnya kita elakkan. Orang kata sms tu macam buat dosa kering, so dosa basah tu macam mana lak kan???Teringat pula cerita Fatimah Az-Zahra yang memendam perasaan kepada Ali, sehingga kedua-duanya diijabkabulkan...

Fatimah : Abang, sebelum abang berkahwin dengan ayang, ayang dah lama berkenan kat seseorang ni dan berharap berkahwin dengannya.
Ali : Kalau begitu adakah ayang menyesal berkahwin dengan abang?
Fatimah : Sesekali tidak kerana abanglah orangnya...
(Dialog ni mungkin dah terubahsuai sikit, tapi itulah yang Puan Fatimah Syarha nak sampaikan)

Wahh...memang romantik, bila dah kahwin semua yang buat bersama dapat pahala...tapi tu la, kena kawal nafsu sebelum kahwin sebab boleh mendapat dosa. Oleh itu, kita perlu ada beberapa kekuatan dalaman untuk mengawal nafsu :-
( perlu diingat yang nafsu tu fitrah manusia, kalau dilawan nafsu takut jiwa memberontak pulak cuma kita perlu kawal nafsu secara bijaksana)
  1. Kekuatan Faham perhubungan lelaki dan perempuan
  2. Kekuatan Iklas kerana Allah
  3. Kekuatan untuk Tutup Pintu Fitnah
  4. Kekuatan Prinsip
Allah cemburu apabila kita menyintai yang selain dari-NYA. Apabila kita mensyirikkan cinta kepada Allah dan buat tak kisah je, takut pulak nanti kita tak dapat hidayah (petunjuk) dari-NYA. Lalu bagaimana harus kita hidup di atas muka bumi ini ?? Nak main explorace pun kena ada klu baru kita tahu nak tuju kemana...inikan pula hidup kita!!

Risau pulak pada diri ini ,Ya Allah, berikanlah aku hidayah-MU, Amin....akhir kata Bina Diri --> Bina Keluarga --> Bina Masyarakat

Insyallah

06 February 2011

kesedaran

Dear Afiqah,

Sebenarnya hidup ini penuh dengan cabaran. Bergantung pada diri kita sendiri untuk ‘survive’ di dunia ini. Bak kata orang (orang yang mana tah..hehe) kita sebagai pelakon di atas pentas dunia. Cuma skrip, penghayatan dan aksi dilakukan oleh kita sendiri. Erti kata yang lain kita lah pengarah, kita lah editor, kita lah penerbit, kita lah itu…. Kita lah ini dan segala macam semua kita diri sendiri yang akan buat.

TETAPI… Afiqah,

Perlu kita ingat, kita tidak bersendirian. Walaupun, nampak macam semua pun kita sendiri kena buat…tetapi ingatlah ALLAH sentiasa bersama kita. Sebagai orang ISLAM, kita tidak boleh putus asa dari rahmat (kasih sayang) ALLAH. Sudah tentu ALLAH akan memberi ujian kepada diri kita. Sebab apa??

- Sebab ALLAH nak bagi kita jadi lebih kuat

- Supaya kita tahu seteguh mana keimanan kita

- Sebab ALLAH nak elakkan kita dari buat benda2 yang tidak sepatutnya

Dari sekarang Afiqah, mari kita fikir kenapa kita perlu jadi kuat??? Bukankah tadi video tentang keganasan tentera kafir terhadap orang awam terutamanya orang ISLAM telah sama2 kita tonton?? Apakah tidak ada rasa kasihan pada saudara kita itu? Mereka telah dibomkan tempat tinggal, muslimah dirogol dan dibunuh sesuka hati, muslimin pula diserang menggunakan senjata kimia, anak2 kecil tidak berdosa ditembak sesuka hati, ayah dan abang mati dibom terus meninggalkan anak2 yang terus hilang tempat bergantung….. lalu apakah kita sebagai umat ISLAM sanggup membiarkan perkara ini?? Dimanakah kita dan umat ISLAM yang lain lantaran saudara kita menderita?? Apakah kita kini tinggal di dunia yang berasingan??

Oleh itu, Afiqah…bangkitlah untuk berjihad. Ajaklah rakan2 untuk sama2 berjihad.. dan berjihad bukanlah semata-mata dengan mengangkat senjata dan menuju kearah musuh laknatullah, tetapi berjihad degan menuntut ilmu, mengajarkan dan menyebarkan ilmu… dan dengan cara ini sahaja ISLAM dapat bangkit semula iaitu dengan ILMU

So, takat ini dulu Afiqah..sekarang jom sambung paper review setelah dah becuti sempena CNY, 1Malaysia katakana hehe....jangan lupa pesan kak ina, baca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai sehari (tapi jangan la buat kurang buat lebih la) dan satu lagi solat jaga & doa sentiasa

Dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenang…insyallah


26 December 2010

perlu cari lagi ke???

The wheel keep turning and turn.... just like my past, hmm...looks like i have to find another house/room to rent...Lets see, what are(or is?? ) the choices that i have

1) My friend's house at sek 17 (what a coincidence, her house-mate just leaving end of this year)
2) Pusat komersial sek 7 (balik rumah lama )
3) Find another house through internet
4) Just stay where you are right now; with your family....

yang mana satu pilihan kalbu???

29 September 2010

Banyaknya EEEEEE

Assalamualaikum…

Hari ni tepat jam 2.00 am, tetiba rasa nak tulis kat blog…Ini kerana, rasa diri ini terpanggil untuk saling mengingati (untuk diri jugak) saudara seagama insyaAllah…

Kisah ini bermula dari FB, tentang makanan seharian kita yang kadang2 kita terlepas pandang (disebabkan yakin pada jenama tu) pada kandungan dalamnya. Produk yang dimaksudkan adalah seperti yang tertera dibawah:-

Ya, jenama ini memang tidak asing lagi namun kita sebagai umat Islam sangat perlu menitik beratkan soal makanan kita. Apa yang tertera menunjukkan (emulsifier)E471 yang terang2 diambil dari babi. Tapi ini dijumpai dari Green Bean Soy Drink, product lain tak check balik.

Maklumat tambahan, jangan minum FANTA APPLE sebab ada (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

Daripada satu link ini, Dr. M. Amjad Khan dan Dr M Liaqat (PhD Food Biochemistry)

*“We request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES. If any of the ingredients listed below is found, try to avoid it, as it has got PIG FAT”

E100, E110, E120, E 140, E141, E153,

E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280,

E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337,

E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,

E542,E570, E572, E631, E635, E904


*copy paste
Doctor2 ni jugak menceritakan sejarah bagaimana E-code boleh wujud.

Dan ada satu lagi link yang boleh dikunjungi untuk mengetahui maksud setiap satu E itu..maklumat ini mungkin dah lama, so kena update latest E-code yang haram untuk ditelan....

09 August 2010

Baru kenal Hanis Zalikha

Selamat Petang blogku yang sudah lama tidak diperbaharui, macam kata orang2 yang dah lama ber’blog’…. dah bersawang (kui..kui..klakar pulak rasa, macam pandai skit berbahasa orang2 yang sudah lama ber’blog’)

Hari ni, saje2 blog walking (cewah, keluar satu lagi bahasa blog) kat blog brown sugar…nampak macam biasa cik brown sugar ni tengah melayan perasaan, ok la…tak mau kacau dia suka so pegi la ke blog encek mazidul lak. Blog encek mazidul ni banyak melaporkan tentang jenayah dan saya ucapkan takziah kepada encik mazidul sekeluarga diatas kehilangan abahnya…

Dipendekkan cerita, tengah2 belek tu tergerak hati buka blog gto….rupanya diorang ni adalah geng2 yang dah lama berblog….haruslah menuntut ilmu dari mereka (sebelum tu kne rajin tulis blog la dulu cik Fiqah oiii!!) :P

Dan secara kebetulannya terbuka blog Hanis Zalikha…WOW, sangat kagum pada dia (baru tengok kat follower dah dekat 10,000 orang…) dan yang penting terharu tu, dia pelajar UiTM….YEY!!! UiTM DiHatiku (dan dihatimu jua…cewah)

dibawah ni adalah blognya...

Mungkin dah ramai yang kenal dengan dia (mane taknya kan tadi cakap followers dia sampai sepluh ribu)...

Bila baca kat blog dia, rasa macam dia berkomunikasi dengan kita walaupun dia sebenarnya takde pun waktu tu (mungkin dia tolong mak dia buat kuih raya..promosi tutup hingga 11 Ogos 2010 ye)…Dia ni pun rajin kongsi tips kesihatan, pehubungan dan lain2 (kene rajin baca tips la lepas ni Fiqah) Jadinya, tak heran la kalau dia terpilih oleh Nuffnang disebabkan bakat yang dia ada (p/s dia dapat RM3000 hanya dari Nuffnang)…entah bila dapat jadi macam dia….atau sekadar jadi minah jenin???

Yang penting nak buat apa2 pun Fiqah, kamu kenalah USAHA,DOA,TAWAKAL…sesungguhnya hidupku, ibadahku, matiku hanyalah untuk ALLAH…dan penting juga jagalah hubungan sesama manusia..

27 June 2010

Udah Seminggu berlalu

Assalamualaikum kpd anda....
Apa khabar? Sihat?...Harap ceria2 slalu..(tulis mcm byk peminat je nak baca..hehe)

Tersebutlah kisah, sudah 4 kali episod "udah seminggu berlalu" ni terjadi...maksudnya dah lama tak tulis entry baru la (isk2,dulu kata nak rajin tulis blog). Anyway mari ingat balik apa peristiwa yang best tu:

1) belajar Comptia- oh, sangat best... walaupun tak dapat result yang baik, tapi dapat belajar perkara baru tentang komputer, kenal kawan baru, main CS (haha...patut la result tak elok) dan yang tak dapat dilupakan adalah advice dari Cik Bae (bukan nama sebenar) sepanjang belajar Comptia bersama...thanks Bae

2) Pegi Teluk Ramunia, Johor - Habis belajar Comptia, ingat nak tenangkan fikiran so pergi bercuti seminggu di sana dengan family Abg G (bukan nama sebenar)...mula2 tu fikir macam tak best sebabnya kena jaga my nephew (makin besar ni makin nak manja la...byk karenah...layan je ) However, bila dah pekena Mee Bandung Johor (sedap2, macam2 udang ditaruk tambah kacang hancur...hmmm, rasa mcm pecal pun ada) pastu melawat ke Laut China Selatan (pergi kat kawasan teluk je, bahaya jauh2...ombak kuat) ...at the end rasa macam nak pergi lagi..
Tu la manusia, tak pernah puas :P (cakap kat diri sendiri!!)

3) Balik rumah- Sempat bermalam cukup2 seminggu. At same time, kalut la nak siapkan borang untuk Registration pada 19 June 2010 (tarikh keramat ni)...However, mesti la sempat nak merempit (slow2 je) dengan adik, cakap je nak pergi mana, akan ku hantar (jadi akak yang b@Ek jap)...kebetulan jumpa towkay lama, sembang2 la sikit "Towkay, bole saya keje balik dgn towkay tak klau sy xde keje?"....haha

4) Tinggal kat shah alam balik- OK, now here am I again, rumah pun kat tempat yang sama...
Cuma tengok dulu sama ada akan pindah cari rumah yang lebih baik, atau stay je kat sini....Dan buat research hari2 ye Cik Fiqah...(Ye, Baiklah) <---suara hati berkata-kata ;)

30 May 2010

last but not least

Nampak tak gambar atas ni?? Waktu ni la baru tulis blog ni....
I just wonder(kalau sapa2 yang tahu, sila bagitau)….kenapa sejak akhir2 ni selalu nampak nombor yang berturutan??? Sangat la Musyikil…adakah:
a) nak dapat duit??
b) dapat bertambah ilmu??
c) counting day untuk event yang besar??
d) bertambahnya umur?? (ni mmg pasti dah)
e) saje2 buat gempak....ni sume kebetulan
f) akan kena sesuatu, tak pasti apa itu tapi yang pasti akan kene sesuatu??? (sendiri pun tak paham daa..hahaha)

ANYWAY.....

Mari kita catitkan (tang sini selalu confius samada CATIT ke CATAT) apa yang dah berlaku sepanjang tempoh dari 14 May – 31 May (dari last publish sampai next publish…ada dlm 2 minggu++ nih)

Dan macam biasa bullet sudah…

  • (28 May – 31 May) Balik kampong ……..yey!! Sempena Cuti Wesak (bagi yang beragama Buddha, buzy la skit hari ni)…jalan sangat sesak waktu balik (balik Kampong le) dan waktu balik (balik Shah Alam le)…tak kisah la, janji SEMANGAT tu ada

  • 26 May : Masa ni perasaan bercampur baur, pagi tu seedy (sebab tak dapat result COMPTIA yang baik erti kata lain GAGAL la )…tapi tu waktu pagi je sedih

Dah masuk tengah hari, tak sedih sangat sebab makan dengan kak kesayangan…tapi still 50-50 sedih tu (sebab kne belanja dia makn kot?? Haha)….tapi memang nak belanja dia makan tapi seafood la..tapi nasib dia tak kisah

Pastu dah masuk malam lak, haa..tang ni special skit sebab dapat makan dengan my beloved SV..sungguh ku tak sangka, my SV ni suke gelak dan sharing skit pengalaman C**T* dia ( wow sangat dasyat kalau orang diluar sana tahu ...i’ll keep it secret between us J)

Hari ni paling banyak aktiviti….beronggeng hehe

  • Hari2 lain kebanyakan baca buku comptia dan buat latihan yang diberi…tapi nak buat camna dah TAKDIR mengatakan takde rezeki dengan COMPTIA ni (walaupun ramai yang kata course ni antara yang senang score, semua itu dusta!!!)..emo kejap…Haha, lagipun sudah tersilap perhitungan….mana tak nya, orang lain belajar tentang masa sekarang kitorang lak sibuk buat latihan yang dah ditelan zaman (teknologi kan cepat berkembang, so kalau belajar benda yang satu tahun ke belakang tu kiranya macam dah zaman purba la….istilah tak betoi ni..hehe)

Hmm, time ni patutnya sambung belajar untuk satu lagi exam COMPTIA, tapi saje teringat nak update blog (actually esok dah nak terminate internet, so kalut la..hehe)…