Dozo yoroshiku

26 March 2010

petang yang best...

credit picture to safela08.blogspot.com

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berjumpa lagi diruangan yang sama. .....(bla,bla,bla...)
Cewah, macam bagi tazkirah petang lak...hehe
  • Petang ni best sbb mama call, tny nak tak jadi pembanci untuk bulan jun nnti....pkir jap..." mama amik je borang tu, klau xde apa2 boleh je nnti jadi org banci2 ni"
  • Petang ni best sbb dah dapat email reply dari 3P...pkir jap...xpe dlu, hold jap...tanya kengkawan lain diorang nak join x...
  • Petang ni best sbb dapat mengikat balik hubungan yang tergantung tgh jalan, gara2 sem ni bz skit...sahabat, aku kangen sama kamu....
  • Petang ni best sbb terasa sgt2 best( mungkin x bagi org lain...) sebabnya DAPAT TIDO PETANG + Mimpi yg best (mimpi basah?? isk,bukan la).....Tapi mimpi tu kan mainan tido je, xboleh la nak percaya sangat....Tapi harap2 mimpi tadi yang baik je jadi kenyataan dan yang buruk tu dijadikan petunjuk + sempadan (so that xde la buat benda2 raplah nih)
  • Petang ni best gak sebb xsempat jumpa s/visor (gara2 tido petang..haha)...konon2 tadi nak msg s/visor nak bagi alasan la skit sbb xsempat jumpa ( nak ckp tertido ke atau nak tipu sunat nih,hrmm??)....alih2, s/visor lak msg kata "bila2 masa jumpa sy nnti"...apa lagi....YAHOOOOO.....(s/visor xmarah + xperlu tipu2 sunat tu, Tuhan marah tau) :P InsyaAllah, isnin ni saya jumpa Miss +bagi technical paper + reminds u about RA....

setiap yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri yang kurang ilmu, oleh itu tegurlah saya dgn cara yang hikmah...


Sekian, waltaufik walhidayah assalamualaikum w.b.t....

08 March 2010

It's my turn...

Hari ni hari selasa...untuk semester ni (sem terakhirkuuuuu...) giliran memasak jatuh pada hari keramat ni... hmmm.... nak masak pe tuk housemates ku yan tersayang nih???
Sebenarnya ada skit (sikit je) perasaan malas memasak bila xde barang...huhu, kne la membeli tapi pukul 10 pg kang baru leh beli, pastu +- masak lagi, dalam pukul 12tgh ari diorang leh makan kot....
Nak dijadikan citer,semalam la... sbb ada skit (sikit je tau) perasaan malas nak masak, nak tanya diorang kot2 diorang bleh beli makanan sendiri sok....alih2 terus tanya tanpa bagi signal
"Esok korang nak makan tak?"

HAHAHA...mesti la kne makan,abis satu rumah gelakkan...tapi dah besa dah baru rasa ceria (jovial) rumah nih...kui3 (x abis gelak lg)

okey, balik pada entry...hati ni dah decide nak masak TAUCU...cewah hebat tak?? (jap nak cari resepi tauchu yang agak2 sedap....) dan satu lagi masak sayur goreng la...
Harap2 ada la bahan2 tu kat Bintang....
hmm...agak2 nanti ada xrupa cam ni...(hehe, gambar biar gempak)

04 March 2010

Selalu macam ni!!!

hari ni nasib baik xbz sgt dan ada sikit idea nak update blog ni..

ok, firstly untuk kaitkan dgn entry mari sama2 kita baca ni...ok,dah?



..munafik tulen ada ketiga-tiga sifat( Bila berbicara selalu bohong, Bila berjanji tidak ditepati, Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat)....tapi kalau kita buat salah satu, adakah kita dikategorikan sebagai munafik???

"YA ALLAH, ENGKAU LINDUNGI AKU DARI SIFAT2 MUNAFIK...AMIN"



Nak dijadikan cerita, banyak kali janji yang sy buat tak ditepati...emm,mari igt balik:


  1. janji dgn nurul nak temankan dia kumpul derma, tapi alih2 xjadi sbb kakak ajak balik umah

  2. janji nak makan dgn yana (sempena birthday la konon2) tapi, tetiba xjadi sbb ada org minta tolong jadi ajk, xcukup org

  3. junior minta notes, previous exam paper...janji nak bagi, tapi cari2 xjumpa... mungkin dah simpan kat umah perak kot...

  4. baru jumpa kawan kat Tagged, janji nak YM tapi sampai sekarang xde YM dia...sian, apa jadi kat dia pun xtau...

  5. ......(rasa cam byk lagi...tapi xigt)

betul ke ni contoh org munafik? tapi rasanya sbb diri sendiri xpandai nak manage mana yang penting dan mana yang tidak....hmmm, entah la...


Oleh itu, untuk memastikan diri kita tak terjerumus dalam lembah munafik, kita wajar renungi ciri2 org munafik supaya kita akan cuba menghindari diri kita daripada bersifat dengan sifat itu yang boleh mambahayakan....

16 February 2010

Keseorangan Mengundang Pelbagai Rasa??


Pernah x duduk sorang2 kat rumah xde sesiapa pun yang nak dibuat teman berbicara?
Apa perasaan wktu tu? Mesti ada rasa bosan, tension, marah ,blurrr, tak bersemangat dan macam2 lagi la....
Lumrah la, manusia ni mesti akan sampai masanya akan berasa keseorangan, rasa mcam dirinya xdihargai, xdikasihi.....tapi semua tu adalah hasil tindakan dirinya sendiri....
Contohnya:
  1. dipulaukan oleh masyarakat, results in "keseorangan"
  2. baru dimarahi ayah sebab calarkan kete baru ayah, pastu merajuk dan bawa diri jauh2, results in "keseorangan"
  3. ambil keputusan merantau, nak penuhi ilmu dikepala, results in "keseorangan"

Tapi, walau macammana sedihnya perasaan keseorangan itu,



JANGAN SEKALI-KALI KITA LUPA !!! ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA



_________________________________________________

"Jagalah Allah, niscaya Allah menjagamu.. Jagalah Allah, niscaya engkau mendapatiNya bersamamu.. Jika engkau ingin meminta, mintalah kepada Allah.. Jika engkau hendak memohon pertolongan, pohonlah kepada Allah.." (Hadith riwayat al-Tirmidzi)

_________________________________________________

so, kalau tak mau rasa keseorangan, kekosongan, jiwa kacau dan sama waktu dengannya.....marilah sama2 amalkan tips ini:

  1. Belajar lebih bersabar dan berfikiran positif
  2. Elak bersendirian. Luangkan masa bersama mereka yang bermakna dalam hidup
  3. Babitkan diri dalam aktiviti menyihatkan dan bersosial
  4. Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
  5. Dan yang penting berdoa...minta sama Allah,moga diberikan hati yang tenang, diberikan hidayah dalam hidup dan mohon kasih sayangNya agar senang kehidupan kita didunia...amin

Hmm...mungkin membantu sedikit sebanyak...

10 February 2010

Careless....

Manusia ni tak sempurna....sikit2 ada je benda yang terlupa, sikit2 ada je benda yang tertinggal, sikit2 ada je janji yang xdapat dipenuhi dan sebagainya....nak dipendekkan cerita(yang mmg sudah sedia pendek)...tadi dapat message dari seseorang yang xdikenali...mari ikutinya:

Miss X : Salam..ni afiqah yacob ke?Dak ee220...ad ilang wallet x?
Me : Eh, ye la..bru sedar wallet xde...boleh tau wallet sy tu ada kat mana?
Miss X : Ko g la surau tngkat 13..ad atas almari tu...cpt2..td surau tu kosong lg..
Me : Macamana ye?Boleh tolong amik x? Sy kt rumah lg, takut apa2 lak...
Miss X : Alamak..da jln jaoh la...ak xbrani amek kot2 ko ad kt fak then ttnggl..suh la kwn2 amekkn..
Me : Oh, ye ke...xpe la camtu
Miss X: InsyaAllah ad sbb org sblm ak pon xusik wallet tu...cpt la dtg uitm...
Me : Ok, thanks ye sbb bagitau
(dalam pada itu sy minta tolong dari Nurul, syukur dia sempat amik wallet kt fakulti)
Nurul : Salam, fiqah purse da ambk
(nasib baik......dan dalam dok kalut bergegas ke fakulti sempat sms Miss X)
Me : Boleh fiqah tau nama x?
Miss X : Deni
Me : Ok,Deni thanks sgt2 sbb bagitau, purse dah dijumpai...boleh x fiqah jumpa, sebagai membalas jasa baik...
Miss X : Ok la tu da jmpa balik kan...xpe,xperlu pun
Me : Ala,betul ke xperlu...rasa xsedap hati lak...
(pastu dah xigt dah tulis apa kat Deni tapi sy cakap "Semoga kebaikan anda dibalas dengan kebaikan yang lebih baik")

Jadi, apa kesimpulan dan pengajaran yang kita sama2 dapat:
  1. selalu check barang2 yang anda bawa dari rumah ke fakulti
  2. setiap kebaikan y anda lakukan akan dibalas dengan kebaikan( macam cite Bintang Bersinar ni)
  3. jangan sangka org y nak tolong kita akan tolong kita sepenuhnya, kita pun kne usaha jugak untuk dapatkannya
dan sedikit persoalan adalah:
  1. cam mana Deni ni dapat no tepon (dlm wallet mmg xletak)
  2. (xdapat pikir da,ngantuk...)
Anyway, For Deni...Thanks for helping, Let the Good things Flow freely....

07 February 2010

Akhirnya.....

Semalam hari terakhir CSP 2010...dan hari terakhir biasa le kena buat post-mortem....ala yang macam nak bedah-bedah siasat tu...tapi ni bukan bedah sembarangan tapi ni nak soal jawab tentang perjalanan program, ada yang tak puas hati tak...tujuan nya mesti la nak memperbaiki program di masa akan datang, fuh...dah macam s/u pulak....hehe

Tapi yang xsangka tu, jamuan akhir program (sebenarnya pelahap dlu sebelum post-mortem) dapat makan CHICKEN CHOP...sedap2...(chopstick ?....haha, hanya aku je yg tau maksud ni) ....anyway, program ni byk membantu develope interpersonal skill dan secara xlangsung dapat kenal ramai orang dan serba sedikit kita tahu macam mana nak handle perangai orang yang pelbagai ni...
ok, tutup citer takat ni...nak provide gambar, kamera xde...huhu

Orait, hari ni punya citer nak sambung blaja cantikkan blog dan tambah apa2 yang patut...(apa yang patut sekarang ni adalah buat FYP kan??? FIQAH!!!)
okey pegi ke blog kak arina,tgk apa yang best dan copy...soooooooooo easy...
sekarang dah tambah hamster baru nama dia CiCi (ingat nak cari gambar kambing, tapi xjumpa)...xpe next time pulak..

06 February 2010

Pegi berkelah....

semalam baru pergi berkelah...actually xrancang sangat pun, kawan2 rumah pun baru rancang...macam on the spot je...
"Sapa2 nak pegi kelah dan available hari esok dipersilakan"
hohoho...tanpa berfikir panjang terus angkat tangan(perlu ke?)
"Nak ikut...Nak ikut..."
tapi sebenarnya diri ni tahu terikat dengan satu program fakulti (jadi AJK kot) tapi setel je keje terus bergerak...(hehe..gelak jahat)
Okey....nak dijadikan cerita, kitorang start gerak dalam pukul 12.30 tgh hari......okey ni apa yang berlaku sebelum betul2 sampai kat Sg Genting(short form je)
  • beli KFC kat gombak
  • satu kete lagi pusing2 buat drama kononya nak beli pinggan kertas (sebab sebenarnya nak beli kek untuk sambut birthday salah sorang housemate)
  • solat Zohor jangan dilupa (surau tu best..xigt nama tempat tu,tapi kemudahan lengkap dan masih baru)
Orait, next gerak ke Sg. Genting...pendekkan cerita, rupanya jalan ke Sg Genting tu punyalah PANJANGGGGGGGGGGGGGGGG.....kitorang berenti tengah jalan, decide xnak teruskan sebab jam dah menunjukkan pukul 3 petang(huhu..bila boleh mandi ni)....so, kitorang patah balik dan decide nak picnic kat tempat kelah lain (sebelum tu memang dah nampak tempat kelah lain tapi xsure ada sungai x)
okey, dah sampai terus keluarkan sume barang makan(satu kotak penuh untuk 8 orang nak makan)....dan bayar RM1.00 dewasa, RM0.50 kanak-kanak...
tempat tu best boleh la buat mandi2 dan makan2....

Tapi sesuatu yang xdijangka berlaku...AKU ALLERGIC!!! (sebelum ni xpernah jadi)...muka habis naik merah, macam kene suntik botox lak tgk...kemungkinan allergic ni :
  1. makan udang atau
  2. mandi sungai
  3. makan western food KFC(macam xlogic lak)

tapi nasib baik cepat surut benjolan2 kat muka tu pun lepas dah keluar dari sungai dan minum air gas oren (adakah setelah minum air gas???)...

apa2 pun bersyukur sgt muka xde apa2 lepas tu...